LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Setitis Darah Harapan Sejuta Nyawa
Setitis Darah Harapan Sejuta Nyawa
SKU: 9789834612696
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Wan Haslindawani Wan Mahmood

ISBN:  9789834612696

HALAMAN:  117

TAHUN CETAKAN:  2013

Senarai Harga | RM 20.00
Harga Jualan | RM 16.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Darah ialah penyambung nadi kehidupan, kehilangna darah yang banyak mampu mengancam nyawa manusia. Bencana kemalangan, kelahiran dan penyakit menyebabkan pesakit memerlukan bekalan darah tambahan bagi meneruskan degupan jantung daripada terhenti. Pendermaan darah mampu menyelamatkan nyawa mereka yang amat memerlukan darah tersebut. Pendermaan darah ialah satu aktiviti sukarela dan bukannya paksaan, malah ia bukannya khidmat yang memerlukan bayaran. Ironinya, aktiviti yang tidak berbayar sering dipandang sepi oleh masyarakat menyebabkan bilangn penderma darah tidak begitu menggalakkan. Hakikat sebenarnya, pendermaan darah ialah satu jasa yang tidak ternilai harganya kerana ia mampu menyelamatkan nyawa insan yang begitu terdesak keadaanya. Buku Setitis Darah Harapan Sejuta Nyawa mengupas topik pendermaan darah untuk memberikan gambaran sebenar tentang perjalanan proses pendermaan darah. Turut dimuatkan jawapan terhadap pelbagai tanggapan negatif yang menyelubungi minda masyarakat terhadap pendermaan darah. Semoga pendedahan terhadap isu pendermaan darah ini berupaya membuka minda dan mendidik masyarakat agar menjadi lebih prihatin dan penyayang terhadap kesusahan orang lain. Bukan setakat itu sahaja, diharapkan bilangan penderma darah mampu meningkat dengan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan darah kepada nyawa insan lain.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder