LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Pulau Tanpa Cinta
Pulau Tanpa Cinta
SKU: 9789834614263
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Jasni Matlani

ISBN:  9789834614263

HALAMAN:  384

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 20.00
Harga Jualan | RM 16.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Novel berlatarbelakangkan Pulau Pandora ini mengisahkan tentang Muhammad Iqbal, seorang penulis, yag diburu Tuan Presiden hanya semata-mata kerana karya yang dihasilkannya bertentangan dengan kehendak pemerintah. Dia akhirnya ditangkap. Semasa dalam tahanan, dia mendapat seksaan yang luar biasa daripada pihak polis Pulau Pandora. Namun demikian, semangatnya tetap membara dalam melawan tirani. Dia tidak mudah menyerah kalah. Walau apa pun yang berlaku, selagi hayat masih dikandung badan, dia bertekad untuk terus berkarya dan menyuarakan kebenaran. Bagi seorang penulis, cara yang terbaik untuk berperang adalah dengan menulis. Hanya penulis yang hebat dapat mengharungi cabaran getir dan menemukan metafora yang sempurna untuk monumen bangsa dan negaranya. Muhammad Iqbal denga rela hati dan penuh keberanian mempertaruhkan nyawa, demi perjuangan dan idealisme yang diyakini dan dipertahankannya. Novel yang ditulis dalam teknik cerita dalam cerita dan tidak bersifat konvensional ini mengemukakan kritikan sosiopolitik yang universal sifatnya. Novel ini mengkritik kezaliman dan pemerintahan kuku besi yang diolah secara imaginatif, yang pastinya menarik perhatian pembaca untuk terus membaca.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder