|
Perkembangan Puisi Berunsur Islam Sabah
SKU: 9789834612924
PENULIS / PENYELENGGARA: Jasni Matlani ISBN: 9789834612924 HALAMAN: 281 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Buku ini mengandungi lima bab yang menyusur galur sejarah puisi pada zaman awal Islam, pandangan Islam terhadap puisi dan para penyair, kedatangan Islan di Nusantara, khususnya di Sabah, Malaysia. Susur galur ini dihubungkaitkan dengaN perkembangan sastera Islam dan pengaplikasian Teori Takmilah. Pendektan teori ini khusus untuk melihat nilai kerohanian dan mentauhidkan Allah SWT dalam puisi berunsur Islam sebagai media dakwah yang berperanan memberi pedoman kepada manusia. Puisi Islam sebenarnya sudah lama wujud dalam dunia Islam, dan apabila Islam datang ke alam Melayu, umat Islam diperkenalkan dengaN syair berzanji dan marhaban yang ditulis indah oleh Hassan bin Thabit, penyair peribadai Rasulullah SAW. Buku ini turut mengupas sejauh mana perkembangan puisi berunsur Islam Sabah telah melahirkan karya yang menonjolkan kerohanian yang tinggi. Diharap dengan kehadiran puisi berunsur Islam ini akan mampu memperkukuh akidah, keimanan dan ketakwaan umat Islam sehingga sampai ke tahap dapat memandu jiwa serta minda masyarakat Islam ke arah pengukuhan kecintaan terhadap Allah SWT.