LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Perakaunan Zakat Perniagaan di Malaysia
Perakaunan Zakat Perniagaan di Malaysia
SKU: 9789834614010
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Zahri Hamat

ISBN:  9789834614010

HALAMAN:  172

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 20.00
Harga Jualan | RM 16.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku ini memberikan kupasan yang terperinci tentang zakat perniagaan dengan memaparkan analisis kaedah perakaunan zakat perniagaan yang diamalkan di Malaysia. Dapatan daripada analisis mempamerkan bahawa terdapat tiga kaedah perakaunan zakat perniagaan yang diamalkan di Malaysia iaitu kaedah aset semasa, keadah modal kerja dan kaedah modal kerja yang diselaraskan. Majoriti negeri mengamalkan kaedah modal kerja yang diselaraskan. Menurut cendiakawan zakat, ketidakseragaman ini berlaku disebabkan asas yang diguna pakai dalam membentuk kaedah perakaunan zakat perniagaan adalah berbentuk umum. Dengan itu, kaedah perakaunan zakat perniagaan telah dibentuk berdasarkan ijtihad. Para cendekiawan zakat turut bersetuju bahawa perubahan terhadap kaedah perakaunan zakan perniagaan dibenarkan kerana kaedah tersebut dibentuk bukan berdasarkan nas qat'i. Malah melalui aplikasi qiyas, para cendiakawan berpandangan bahawa kaedah perakaunan zakat perniagaan berasaskan pendapatan boleh juga diamalkan sebagai satu kaedah alernatif.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder