|
Penyakit Bawaan Komputer: Petua dan Panduan Pencegahan
SKU: 9789834609535
PENULIS / PENYELENGGARA: Sharifah Mastura Syed Mohamad ISBN: 9789834609535 HALAMAN: 84 TAHUN CETAKAN: 2011 |
SINOPSIS:
Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian dalam kehidupan seharian kita. Namun demikian, ramai pengguna tidak menyedari bahawa penggunaan komputer denga cara yang tidak betul boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Menyedari akan kepentingan komputer dan juga penjagaan kesihatan, buku Penyakit Bawaan Komputer: Petua dan Panduan Pencegahan ini ditulis untuk menyedarkan masyarakat tentang penyakit yang boleh disebabkan oleh penggunaan komputer yang tidak betul. Maklumat yang terkandung di dalam buku ini boleh memberikan panduan tentang penggunaan peralatan dan perabot komputer; dan cara senaman untuk mengelakkan penyakit bawaan komputer. Kita tahu bahawa mencegah itu lebih baik daripada merawat. Beringat sebelum kena. Sekiranya sudah dijangkiti penyakit, walaupun ada rawatan, namum hakikatnya ia akan menyusahkan kehidupan. Kita tidak boleh lari daripada menggunakan komputer, tetapi kita perlu tahu cara terbaik menggunakannya supaya ia dapat memberikan manfaat kepada kehidupan dan keshihatan sepanjang hayat.