LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Pengenalan Pemuliharaan Bandar
Pengenalan Pemuliharaan Bandar
SKU: 9789834604691
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Yazid Saleh

ISBN:  9789834604691

HALAMAN:  200

TAHUN CETAKAN:  2010

Senarai Harga | RM 22.00
Harga Jualan | RM 17.60
cart.soldout
 

SINOPSIS:

Buku ini merupakan perbincangan awal tentang Pemuliharaan Bandar yang merupakan satu bidang yang semakin mendapat perhatian para perancang bandar, arkitek, ahli geografi dan penyelidik di Malaysia. Dalam konteks dunia yang semakin moden, manusia tidak boleh lupa terhadap tinggalan warisan (bangunan) masa silam. Hal ini kerana atas pelbagai keperluan seperti pendidikan, pelancongan dan lain-lain warisan sedia ada perlu dikekalkan untuk tatapan generasi masa hadapan. Buku ini ditulis atas kesedaran yang tinggi terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan yang semakin berkembang di malaysia. Penyenaraian Melaka dan Georgetown (Pulau Pinang) sebagai Bandar Warisan Dunia (World Herigage City) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008 merupakan satu pengiktirafan yang hanya dicapai melalui usaha pemuliharaan yang konsisten dan serius. Umumnya, buku ini menyentuh pelbagai elemen asas dalam konteks pemuliharaan bandar seperti konsep, sejarah, peruntukan perundangan serta beberapa contoh amalan pemuliharaan bandar di Malaysia. Buku ini diharapkan dapat memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin memahami tentang pemuliharaan bandar khususnya di Malaysia.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder