|
Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-undang Keluarga Islam
SKU: 9836273492
PENULIS: Salleh Ismail ISBN: 9836273492 HALAMAN: 256 TAHUN CETAKAN: 2003 |
SINOPSIS:
Buku Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-udang Keluarga Islam ini disusun untuk mencari sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perceraian di samping memperlihatkan cara-cara penyelesaian yang dilaksanakan melalui Mahkamah Syariah. Perbincangan tentang permasalah ini dikupas dari pelbagai sudut yang mana ianya diharap dapat menjadi panduan kepada masyarakat Islam dalam melayari bahtera rumahtangga yang bahagia dan diredhai Allah S.W.T. Selain itu, kajian juga ditumpukan kepada peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang keluarga Islam di negeri-negeri di Malaysia Barat dan dibandingkan penyesuaiannya dengan hukum syarak. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh anggota masyarakat memandangkan perpecahan sesebuah rumahtangga bukan sahaja meninggalkan kesan terhadap suami dan isteri, bahkan ia juga pastinya akan melibatkan masa depan seseorang dalam keluarga tersebut.