LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Pembangunan Holistik Dari Perspektif Islam
Pembangunan Holistik Dari Perspektif Islam
SKU: 9789834608361
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Ab. Aziz Yusof

ISBN:  9789834608361

HALAMAN:  326

TAHUN CETAKAN:  2012

Senarai Harga | RM 32.00
Harga Jualan | RM 25.60
cart.soldout
 

SINOPSIS:

Buku ini disediakan khusus untuk pemimpin, pengusaha, pentadbir, ahli-ahli akademik dan golongan pelajar terutama yang berada di institusi pengajian tinggi. Terdapat satu persamaan dalam kalangan mereka, iaitu semuanya memerlukan pemahaman tentang pembangunan dan bakal menerima kesan daripada pembangunan yang dilakukan. Pada masa yang sama mereka turut bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan pembangunan diurus dengan secekap yang mungkin. Mereka perlu memastikan kejayaan dalam melaksanakan pembangunan bukan atas penderitaan yang dihadapi oleh golongan yang tidak bernasib baik. Bagi merealisasikannya, mereka perlu bersama-sama berganding bahu dan bermuafakat untuk memastikan aktiviti pembangunan dijana dengan berkesan melalui penggunaan sumber secara berhemah. Diharapkan agar buku ini akan mencetuskan kesedaran betapa perlunya umat Islam bersama-sama berganding bahu dalam meneruskan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan. Komitmen dan kesungguhan mereka bergerak dalam satu jemaah akan membolehkan umat Islam untuk memimpin dan bukannya dipimpin. Umat Islam perlu berdikari dengan keyakinan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang cintakan keamanan dan kehormonian. Justeru, pengurusan pembangunan Islam yang dijana perlu menjurus ke arah itu demi mencapai kesejahteraan hakiki yang bakal dinikmati seecara bersama.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder