LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Pantun Melayu: Bingkasan Permata
Pantun Melayu: Bingkasan Permata
SKU: 983951007X
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Harun Mat Piah

ISBN:  983951007X

TAHUN CETAKAN:  2007

HALAMAN:  864

PENERBIT:  Yayasan Karyawan

Senarai Harga | RM 210.00
Harga Jualan | RM 178.50
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Karya Agung Melayu ini, yang diberi judul Pantun Melayu: Bingkasan Permata, terdiri daripada 4000 pantun daripada berbagai-bagai jenis dan bentuk yang meliputi tema dan isu yang luas dan pelbagai. Untuk memudahkan pembaca membuat rujukan tema dan isi pantun yang jumlahnya begitu besar, edisi ini menyediakan tiga jenis indeks, iaitu Indeks Baris Pertama, Indeks Maksud, dan Indeks Kata Rujuk. Pantun merupakan wadah yang digunakan oleh orang Melayu untuk mengungkapakn fikiran dan rasa hatinya tentang makna kehidupan, tentang kelakuan manusia dan hubungannya dengan alam sekitar. Hasil perenungan ini lahirlah mutiara hati, rasa jiwa dan akal, tercurah dalam bentuk puisi yang sangat kreatif dan halus sekali seninya, iaitu pantun. Temanya meliputi seluruh pengalaman hidup manusia di alam Melayu, ditafsirkan dengan pelbagai cara. Ada pantun yang tema atau isinya berbentuk hiburan, jenaka, senda gurau dan cuit-mencuit, tetapi ada juga pantun yang bernada kritis, yang berbentuk nasihat, kiasan, teguran, dan sindiran. Semuanya disampaikan secara halus melalui bahasa yang berangkap dan melalui lambang-lambang tertentu yang diambil daripada alam tabii, alam fenomena, yang dilihatnya sebagai unsur yang dapat berharmoni dengan manusia, malah sering kali dijadikan bahan untuk mentafsir kelakuan manusia. Maka tidaklah menghairankan jikalau seniman Melayu "tradisinal" banyak sekali berfikir secara metaforik atau figuratif. Mereka membentuk fikran atau "pandangan hidup" melalui perumpamaan, yakni melalui metafora. Oleh sebab itulah isi atau maksud pantun tidak selalunya dapat difahami secara literal. Pendengar atau pembaca perlu berusaha untuk memahami maksudnya yang tersirat.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder