LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Mariga
Mariga
SKU: 9789834607777
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Amil Jaya

ISBN:  9789834607777

HALAMAN:  460

TAHUN CETAKAN:  2012

Senarai Harga | RM 30.00
Harga Jualan | RM 24.00
cart.soldout
 

SINOPSIS:

Dari kecil lagi Walter Flint sudah diberitahu oleh ibu bapanya bahawa British adalah bangsa yang mulia, besar, berani dan berwibawa menguasai dunia. Dan untuk mengekalkan kebesaran dan kewibawaan itu, semua orang British harus berusaha menjelajah dunia dan mendapatkan tanah baharu atas nama bangsa dan negara British. Atas dasar dan hasrat itulah, Walter Flint datang ke Pulau Borneo... Namun, pewaris bangsa hebat ini jatuh cinta di Ulu Kuamat, kepada Lingad si gadis Murut. Dapatkah cinta membezakan bangsa? Cinta itu buta, ia indah di mana-mana, tinggi rendah darjat manusia, bukan halangan untuk cinta. Akan tetapi, seperti bangsa besar itu, bangsa di pedalaman itu juga punyai tradisi dan budaya mereka. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Di sinilah Walter Flint terperangkap dalam jaringan cinta dan budaya...untuk mendapatkan cinta, dia perlu menerima budaya itu sekali. Dan, mariga telah merobah kehidupan Walter Flint, juga kehidupan di daerah pedalaman itu. Mariga buka sekadar kisah cinta, ia adalah maruah suatu bangsa.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder