LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
MAIK: Peranannya dalam Bidang Keagamaan, Persekolahan, dan Penerbitan di Kelantan Sehingga 1990
MAIK: Peranannya dalam Bidang Keagamaan, Persekolahan, dan Penerbitan di Kelantan Sehingga 1990
SKU: 9789834602475
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Abdul Razak Mahmud

ISBN:  9789834602475

HALAMAN:  256

TAHUN CETAKAN:  2010

Senarai Harga | RM 30.00
Harga Jualan | RM 24.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan institusi agama pertama pernah ditubuhkan di negeri-negeri Melayu di Semenanjung Mlaaysia. Tidak lama selepas penguatkuasaan Perjanjian Bangkok 1909 yang menyaksikan campur tangan Inggeris dalam bidang pentadbiran negeri Kelantan, beberapa orang cerdik pandai Melayu Kelantan pada waktu itu merasakan perlunya sebuah institusi khusus ditubuhkan bagi mengatur pentadbiran keagamaan dan istiadat Melayu yang terletak 'di luar bidang kuasa' penasihat Inggeris, sebagai imbangan atau penimbal atas kehilangan kuasa pentadbiran negeri yang sebelumnya terletak di tangan sultan dan pembesar-pembesar tradisional. Dalam sejarahnya, institusi ini sangat berperanan dalam kebangkitan pendidikan orang Melayu khasnya dan kesedaran sosial dan politik masyarakat Kelantan amnya melalui kegiatan-kegiatan yang digerakkannya sejak ditubuhkan sehingga sekarang. Buku ini menggariskna tiga aspek utama peranan MAIK iaitu dalam bidang keagamaan, persekolahan, dan penerbitan dalam tempoh 75 tahun operasinya - sejak MAIK ditubukanpada 1915 sihingga 1990. Dengan latar belakang pengalaman dan keakraban penulis buku ini dengan MAIK,maka buku ini diharapkan dapat menjadi sebuah kajian ilmiah yang autoritatif dalam bidang penulisan sejarah majlis-majlis agama di negeri-negeri Melayu yang dipelopori oleh buku ini.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder