LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Luka Nering
Luka Nering
SKU: 9789834619275
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Malim Ghozali PK

ISBN:  9789834619275

HALAMAN:  389

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 28.00
Harga Jualan | RM 22.40
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Sebagai seorang anak raja yang diasuh untuk menduduki singgahsana takhta kerajaan negeri, dendam TC terhadap Perjanjian Pangkor dan penulisan sejarah tentang tanah leluhur dan bangsanya seakan-akan tertangguh. Dia seorang anak muda yang berpelajaran tinggi dan faham pautan antara raja dengan rakyat. Saat takdir menyeretnya ke Rumah Sakit Otak, cakerawalanya berubah serta-merta. Mujurlah, persahabatan yang tidak terduga dengan Haji Pohon Nering, Dr. Uzai, Sister Yuria, Gina, Arbakyah, dan Abang Topi, menyuntik makna kehidupan sebenar buatnya. TC sayangkan bangsa dan tanah airnya. Mimpinya tidak tentang istana, tetapi sebaliknya berlegar di kampung-kampung - di rumah-rumah beratap nipah dan sungai. Dan, TC juga sayangkan Sharifah Atikah, seorang gadis kampung yang setia. Hanya ketika tubuhnya terkunci dalam dunia baharu yang ditemuinya, dia menyedari betapa di istana juga wujud ketidakjujuran dan penipuan, dengan segala komplotnya. Apakah TC mampu melunaskan piutangnya terhadap Perjanjian Pangkor 1874 yang menurutnya menjadi titik hitam sejarah bangsanya? Luka Nering adalah sebuah teks persejarahan baru yang halus, yang dengan berani meletakkan prasyarat penulisan sejarah bangsa Melayu.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder