![]() |
Kumpulan Skrip Drama Pentas: Mencari Fitrah
SKU: 9789834602734
PENULIS / PENYELENGGARA: Dahiri Saini ISBN: 9789834602734 HALAMAN: 473 TAHUN CETAKAN: 2009 |
SINOPSIS:
Mencari Fitrah menghimpunkan lima buah skrip drama yang mampu menarik minat pembaca untuk menghayatinya kerana kesemua drama ini menggunakan plebagai teknik yang ditampilkan dengan begitu berkesan sekali. Pelbagai persoalan dipaparkan dalam kumpulan Skrip Drama Pentas Mencari Fitrah. Soal patriotisme dipaparkan dalan "Naratif Kemerdekaan". Penekanan pemikiran sejagat dalam pemerkasaan ummah melalui tolerasi agama dalam "Jeda Nur Iman", dilema konflik diri dan kabur ketuhanan dalam "Nazarkumal" dan "Mencari Fitrah" serta pincangnya kehidupan manusia dalam satira "Hanturisme". Ikutilah ketegangan, kemesraan, suara-suara sinis dan pelbagai rencah kehidupan yang disajikan dalam kumpulan skrip drama pentas ini.
![]() |
![]() |