LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Kumpulan Cerpen: Yang Lebih Dia Cinta
Kumpulan Cerpen: Yang Lebih Dia Cinta
SKU: 9789834602116
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Siti Hajar Mohd Zaki

ISBN:  9789834602116

HALAMAN:  226

TAHUN CETAKAN:  2009

Senarai Harga | RM 20.00
Harga Jualan | RM 16.00
cart.soldout
 

SINOPSIS:

Suami atau anak itu? Antara dua pilihan, dia terbenam dalam keserbasalahan. Tidak tahu harus memilih yang mana satu. Namun akhirnya, tekad ikhlas menetas juga. Baginya, perkahwinan bukan sekadar pertautan Hawa dan Adam, tetapi atas landasan mengembangkan umat Muhammad juga. Dan benarlah, cinta tidak dapat dipelajari, tetapi dialami. Suaminya gagal mencintai Abrar kerana dia seorang ayah yang tidak pernah memukadimahkan sebarang sentuhan kasih kepada Abrar. Suaminya tidak pernah mengusap kepala, tidak pernah menemukan bibirnya ke pipi Abrar, tidak pernah memeluk, jauh sekali merasakan jerih perih membesarkan anak istimewa itu. Itulah sebuah kisah menyentuh hati yang turut dimuatkan kumpulan cerpen Yang Lebih Dia Cinta. Kumpulan cerpen yang memuatkan 20 buah cerpen yang berunsurkan Islam ini memaparkan pelbagai tema seperti kekeluargaan, kemasyarakatan dan isu-isu semasa ini boleh dianggap istimewa kerana setiap persoalan yang diungkapkan di dalamnya disokong dengan hadis dan ayat al-Quran yang jelas dan nyata untuk panduan dan ingatan bersama.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder