![]() |
Kumpulan Cerpen: Bunga Putik Putih
SKU: 9789836218865
PENULIS / PENYELENGGARA: Siti Zainon Ismail ISBN: 9789836218865 HALAMAN: 133 |
SINOPSIS:
Kumpulan cerpen: Bunga Putik Putih memuatkan cerpen-cerpen Siti Zainon Ismail yang menyentuh pelbagai tema dan persoalan yang disorot dan digarap dengan teknik dan pendekatan yang tersendiri dan amat puitis serta menyentuh perasaan. Penulis menggarap dan membicarakan persoalan serta permasalah kehidupan golongan seniman, pelukis, kisah percintaan yang sering mencetuskan konflik jiwa insan lelaki dan wanita serta nostalgia keagungan bangsa pada masa silam. Keunikan antologi ini terletak pada teknik penulisannya yang menggabungkan teknik konvensional, absurd dan kompleksiti yang mengundang daya fikir dan renungan pembaca. Bunga Putik Putih merupakan antologi cerpen ketiga Siti Zainon Ismail sesudah Seri Padma dan Attar dari Lembah Mawar. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, kajian sastera dan budaya. Siti Zainon Ismail juga seorang pelukis wanita terkenal tanah air. Beliau menerima anugerah S.E.A Write Award pada tahun 1989.
![]() |
![]() |