|
Koridor Timur: Pelaburan Asing dan Insentif
SKU: 9789834604059
PENULIS: Norsiah Ahmad ISBN: 9789834604059 HALAMAN: 246 TAHUN CETAKAN: 2010 |
SINOPSIS:
Kemasukan pelabur asing penting bagi menggalakkan pertumbuhan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara. Untuk menarik pelabur asing ini, insentif pelaburan boleh dijadikan sebagai satu instrumen atau mekanisme terutama dalam usaha menarik pembangunan ke kawasan kurang maju. Buku ini cuba menampilkan analisis yang berkaitan dengan keperluan insentif pelaburan serta kepentingan lokasi kepada pelabur asing. Perbincagan difokuskan pada sejauh mana insentif pelaburan diperlukan dalam menarik kemasukan pelabur asing di samping membincangkan faktor-faktor penting dalam membentuk lokasi yang kondusif kepada pelabur terutama di kawasan yang kurang membangun, iaitu kawasan Koridor Timur Semenanjung Malaysia. Buku ini sesuai sebagai bahan rujukan pelajar seta pengkaji yang membuat penyelidikan, bahkan mana-mana pihak yang berminat dengan isu pelaburan terutama berkenaan insentif pelaburan dan perkembangan pelaburan asing kerana buku ini bukanlah bahan bacaan yang berat dan rujukan sebegini tidak banyak di pasaran.