LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Kininaru
Kininaru
SKU: 9789834608552
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Amelia Hashim

ISBN:  9789834608552

HALAMAN:  531

TAHUN CETAKAN:  2015

Senarai Harga | RM 30.00
Harga Jualan | RM 24.00
cart.soldout
 

SINOPSIS:

Walau letaknya terpencil, namun Kampung Simpang Tiga ikut terseret dengan gelora peperangan dan kerakusan kuasa besar melebar pengaruh di Asia. Tanah Melayu menjadi medan peperangan. Inggeris yang sudah lama bertapak di Tanah Melayu telah membahagi-bahagi negeri ini kepada tiga bahagian supaya orang-orang Melayu berpecah. Ini memudahkan mereka untuk mencatur. Haji Dolah membekam rasa. Dia dihimpit resah. Pemimpin kecil dari kampung terpencil merasakan masa depan kampungnya semakin gelap. Rata-rata penduduk kampung diratah kemiskinan. Budaya luar mula menular. Anak-anak muda kampung ibarat tunas tidak berbaja. Ini menekan perasan Haji Dolah. Dia resah gelisah. Dia mahu cucunya balik membuka sekolah dan mengajar anak-anak kampung supaya dapat membaca dan mengira. Diwakafkan tanah kepada orang luar yang mahu belajar agama dengannya. Rumahnya dijadikan madrasah dan pusat ilmu. Namun, dalam keluarganya berlaku kekalutan. Aminah, cucu kesayangannya gagal dalam perkahwinan. Zaleha, anak bongsunya kehilangan suami yang kerja mata-mata. Cikgu Yusof, cucunya yang bermata biru itu membawa diri. Manakala seorang lagi cucunya, Cikgu Hassan mencintai sahabat pena yang tidak pernah bersua muka. Haji Dolah terpaksa menerima jodoh Cikgu Yusof dengan Mariam yang menjadi kebencian seluruh penduduk kampung kerana sekedudukan dengan pengintip Jepun. Bagaimana Haji Dolah yang menjadi tiang gantungan semangat penduduk kampung mampu bertahan apabila isterinya pula meninggal dunia. Sedangkan waktu itu, tentera Jepun sedang bermaharajalela di Tanah Melayu. Kininaru ada jawapannya.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder