LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Keusahawanan Orang Kurang Upaya di Malaysia
Keusahawanan Orang Kurang Upaya di Malaysia
SKU: 9789834607654
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Norasmah Othman

ISBN:  9789834607654

HALAMAN:  474

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 38.00
Harga Jualan | RM 30.40
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Orang kurang upaya, golongan istimewa, golongan berkeperluan khas ataupun orang kelainan upaya membawa pengertian yang sama. Mengikut takrifan Jabatan Kebajian Malaysia, golongan ini merupakan individu yang tidak berupaya sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal mahupun mental yang dialami sejak lahir atau selepas lahir. Disebabkan "keistimewaan" mereka itu maka golongan ini sering kali tersisih daripada masyarakat umum. Pelbagai rintangan dan cabaran perlu diharungi jika ingin berjaya. Peluang untuk mendpat pekerjaan bagi golongan orang kurang upaya juga agak terhad, terutama dalam situasi bilangan yang mencari pekerjaan adalah lebih banyak berbanding dengan bilangan jawatan kosong yang ada. Ini mengakibatkan pihak majikan akan lebih cenderung untuk memilih golongan normal berbanding dengan golongan orang kurang upaya. Atas alasan tersebut maka untuk menyara kehidupan seharian, golongan kurang upaya disarankan menceburi bidang keusahawanan, satu-satunya bidang yang tidak mengenal "keistimewaan" seseorang. Apa yang diperlukan untuk berjaya sebagai seorang usahawan ialah ketabahan dan ketekunan seseorang dalam melaksanakan sesuatu tugasan/pekerjaan. Maka, buku ini dianggap istimewa kerana membincangkan keadaan sebenar berhubung kait keusahawanan dan orang kurang upaya. Bermula dari Bab 1 yang memerihalkan tentang perkembangan keusahawanan di Malaysia dan seterusnya Bab 2, memperkenalkan siapakah orang kurang upaya dan ciri-ciri orang kurang upaya. Bab 3 hingga Bab 5 memerihalkan perkara berkaitan keusahawanan dalam kalangan orang kurang uapya. Bab 6 hingga Bab 9 pula menerangkan program yang diperlukan oleh golongan kurang upaya dalam usaha membudayakan keusahawan dalam kalangan mereka, seterusnya meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan orang kurang upaya.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder