LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Ketenteraan dan Peperangan: Senjata, Taktikal dan Teknologi
Ketenteraan dan Peperangan: Senjata, Taktikal dan Teknologi
SKU: 9789834613662
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Abu Abd Al-Halim

ISBN:  9789834613662

HALAMAN:  250

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 25.00
Harga Jualan | RM 20.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku ini memberikan pandangan menyeluruh berkaitan aspek ketenteraan dan peperangan. Pembaca sasaran buku ini bukan sahaja pihak Angkatan Tentera Malaysia dan individu yang berminat menyertai Angkatan Tentera Malaysia, malah kepada pembaca umum yang ingin mengetahui pahit maung yang dihadapi oleh anggota berpakaian seragam dalam kerjaya mereka. Huraian buku ini disertakan dengan gambar foto untuk membantu pembaca memahami dunia anggota tentera dan situasi perang yang pernah berlaku dahulu, khususnya Perang Dunia Pertama dan dan Perang Dunia Kedua. Penjelasan dalam buku ini terhad kepada peringkat taktik yang terendah ataupun tindakan tentera pada peringkat unit kecil walaupun dalam konteks pergerakan unit tentera yang besar. Oleh itu, ia sedikit sebanyak akan membuka minda tentang perkara yang berikut: 1. Bagaimana pertahanan diurus. 2. Perbezaan dalam organisasi. 3. Senjata yang bakal digunakan dalam pertikaian antarabangsa. Sumber yang digunakan untuk penulisan buku ini juga bukan daripada bahan yang bersifat sulit tetapi daripada koleksi penulis sendiri selama lebih 40 tahun berada dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder