|
Kerjasama Ekonomi Umat Islam: Potensi dan Cabaran
SKU: 9789836298256
PENULIS: Surtahman Kastin Hasan ISBN: 9789836298256 HALAMAN: 186 TAHUN CETAKAN: 2008 |
SINOPSIS:
Kerjasama bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai dan dipraktikkan. Kerjasama memerlukan pengorbanan yang dewasa ini kesediaan untuk melakukannya telah luntur dan rata-ratanya tiada siapa yang sanggup memikulnya. Oleh sebab itulah, penulis menjadikan akidah sebagai dorongan utama yang mampu mendekatkan individu (Islam dan negara Islam) kepada semangat persaudaraan yang sejati dengan memadamkan sifat angkuh dan pentingkan diri sendiri. Akidah yang kukuh bukan sahaja dapat membuang egois ini, malahan juga dapat menepis segala halangan, pencerbohan, ugutan dan tarikan keduniaan oleh pihak yang mahu melihat dunia dan umat Islam berterusan dalam keadaan tidak bersatu dan berpecah belah. Ketahuilah bahawa kejahilan, salah faham terhadap Islam, isme-isme ciptaan manusia, musuh dalam selimut, kemunculan ulama su', kelemahan pemimpin, pergerakan dan diayah Yahudi, Kristian dan kuasa besar dunia merupakan faktor dalaman dan luaran yang akan membawa umat Islam terus berpecah. Jauhilah diri kita daripada menjadi alat kepada faktor perpecahan ini.