LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Kaedah Ujian Tanpa Musnah (UTM) Terhadap Konkrit Struktur
Kaedah Ujian Tanpa Musnah (UTM) Terhadap Konkrit Struktur
SKU: 9789834619817
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Mohamad Pauzi Ismail et al.

ISBN:  9789834619817

HALAMAN:  216

TAHUN CETAKAN:  2015

PENERBIT: DBP 

Senarai Harga | RM 40.00
Harga Jualan | RM 32.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Kaedah Ujian Tanpa Musnah (UTM) terhadap Konkrit Struktur membincangkan penggunaan kaedah-kaedah utama UTM dalam pembinaan yang menggunaknan struktur daripada bahan konkrit dan keluli sebagai tetulang. Kaedah Ujian Tanpa Musnah (UTM) terhadap Konkrit Struktur merupakan satu bidang yang tidak lari daripada prinsip asas fizik dan juga kejuruteraan. Penggunaan kaedah UTM memberikan impak yan besar dalam proses perancangan, pembinaan dan pemuliharaan struktur daripada bahan konkrit lebih-lebih lagi dari segi kualiti, kos dan keselamatan. Kaedah UTM ini bukan sahaja memberikan maklumat untuk jangka masa pendek, malahan ramalan jangka masa panjang juga dapat diperoleh. Namun begitu, UTM memerlukan individu yang terlatih dan berkelayakan, prosedur ujian yang betul dan juga sistem pelaporan dan standard bagi mendapatkan maklumat dan keputusan yang tepat. Buku ini merangkumi aspek-aspek penting yang berkaitan untuk dijadikan rujukan. Antara aspek yang dibincangkan di dalam buku ini adalah seperti amalan semasa yang biasa digunakan, kaedah dan alatan yang digunakan dalam UTM, penggunaan kelebihan dan kekurangan kaedah UTM semasa. Segala maklumat yan terdapat di dalam buku ini merupakan pengalaman amali penulis dan rakan-rakan dalam penyelidikan serta kerja lapangan yang telah dijalankan lebih daripada 20 tahun.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder