LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Infertiliti: Permasalahan Dengan Sindrom Ovari Polisistik
Infertiliti: Permasalahan Dengan Sindrom Ovari Polisistik
SKU: 9789834609153
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Nik Hazlina Nik Hussain, Shaiful Bahari Ismail

ISBN:  9789834609153

HALAMAN:  103

TAHUN CETAKAN:  2011

Senarai Harga | RM 18.00
Harga Jualan | RM 14.40
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Gagal untuk hamil, mengapakah ia berlaku? Tuduhan sering ditujukan kepada isteri yang dikatakna mandul. Akan tetapi, suami juga boleh mandul atau keuda-duanya subur, tetapi mengapakah masih gagal untuk hamil? Lazimnya, isteri akan dipersalahkan 100 peratus jika gagal hamil. Ramai yang tidak mengetahui terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca mengapa pasangan yang berkahwin gagal memperoleh anak. Secara peratusannya kegagalan hamil berpunca daripada wanita 40 peratus; lelaki juga 40 peratus: dan selebihnya daripada kedua-dua belah pihak. Justeru, tidak wajar untuk menyalahkan isteri sepenuhnya! Betulkan persepsi dan terimalah kenyataan bahawa masalah infertiliti bukan milik mutlak wanita. Lelaki juga harus memikul masalah ini. Kedua-dua pihak harus bekerjasama dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini demi kesejahteraan rumahtangga. Buku ini akan mengupas tentang salah satu penyumbang kepada masalah infertiliti, iaitu Sindrom Ovari Polisistik yang menjadi penyebab kepada kecelaruan haid dalam kalangan wanita. Infertiliti dan haid saling berkait kerana tiada haid tiadalah ovum, mustahil wanita boleh hamil. Kepakaran kedua-dua penulis dalam bidang sakit puan dan sakit tuan digabung dan digarap untuk menghasilkan buku yang membantu setiap pasangan memahami masalah sindrom ini dengan lebih jelas lagi.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder