LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Hak dan Tanggungjawab Penjagaan Kanak-kanak
Hak dan Tanggungjawab Penjagaan Kanak-kanak
SKU: 9789834612351
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Wan Asma' Wan Abu Bakar, Sarirah Che Ros

ISBN:  9789834612351

HALAMAN:  166

TAHUN CETAKAN:  2013

Senarai Harga | RM 18.00
Harga Jualan | RM 14.40
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku Hak dan Tanggungjawab Penjagaan Kanak-kanak memuatkan perbincangan mengenai Undang-undang Kanak-Kanak. Buku ini melihat dari dua aspek syariah dan undang-unding sivil. Bab di dalam buku ini membicarakan persoalan dan peruntukan undang-undang berkaitan hak dan penjagaan terhadap kanak-kanak Islam dan bukan Islam di Malaysia. Kedudukan kanak-kanak yang berbeza taraf dan kedudukan memberikan implikasi yang berbeza dari sudut penjagaan, nafkah, perwalian dan juga perwarisan. Buku ini turut menyentuh persoalan mengapa konsep nasab atau keturunan sangat dipentingkan dalam Islam. Walaupun kita mempunyai undang-undang yang cukup terhadap perlindungan kanak-kanak, tetapi pelbagai isu dan masalah tetap timbul berkaitan dengan hak seseorang kanak-kanak sama ada sebagai anak sah taraf, anak tak sah taraf, anak tiri, anak angkat atau anak yang ditinggalkan. Oleh itu, buku ini mengupas dan membincangkan dengan terperinci semua hak yang perlu ada pada seseorang kanak-kanak di samping mengutarakan isu-isu yang berkaitan. Malah, tanggungjawab ibu bapa atau penjaga terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka turut disentuh. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan yang lengkap berkaitan dengan hak kanak-kanak dalam undang-undang syariah dan sivil.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder