LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
SKU: 9789834607951
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  DBP

ISBN:  9789834607951

HALAMAN:  368

TAHUN CETAKAN:  2012

Senarai Harga | RM 40.00
Harga Jualan | RM 32.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku Glosari Leksikal Bahasa Sukuan ini menghimpunkan 1500 entri daripada pelbagai dialek bahasa sukuan yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Antara bahasa sukuan di Sarawak yang dibincangkan ialah bahasa Melayu Sarawak, bahasa Melanau, bahasa Lun Bawang, bahasa Kenyah, bahasa Iban dan bahasa Bidayuh, manakala bahasa sukuan di Sabah pula ialah bahasa Kadazandusun, bahasa Iranum, bahasa Bajau Sama, bahasa Sungai dan bahasa Murut. Kajian tentang bahasa sukuan ini menjurus kepada bentuk leksikal dan semantik dengan memerikan dan mengkodifikasikan bentuk tersebut yang terserap masuk ke dalam bahasa Melayu, misalnya kosa kata "bertandak" (menari) yang berasal daripada bahasa suku kaum Melanau dan kaum Melayu Sarawak. Kebanyakan kosa kata bahasa sukuan yang dikumpulkan dalam buku ini diperoleh daripada novel, antologi cerpen, puisi, artikel majalah dan lain-lain. Tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk mengetengahkan adat resam dan kepercayaan sesuatu suku kaum supaya difahami oleh masyarakat. Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh pengkaji bahasa, penuntut universiti dan seluruh masyarakat yang ingin menimba ilmu tentang bahasa sukuan di Sabah dan Sarawak.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder