LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Gamat Perairan Malaysia: Kepelbagaian Spesies dan Kegunaannya
Gamat Perairan Malaysia: Kepelbagaian Spesies dan Kegunaannya
SKU: 9789834605339
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Zainuddin Ilias

ISBN:  9789834605339

HALAMAN:  106

TAHUN CETAKAN:  2010

Senarai Harga | RM 25.00
Harga Jualan | RM 20.00
Kuantiti 
 

"SINOPSIS:

Gamat, haiwan yang mampu hidup walaupun badannya telah terputus dua. Keunikan dan keistimewaan inilah yang dimiliki oleh gamat, iaitu timun laut yang berbentuk seperti lintah atau ulat beluncas. Walau badan gamat yang terputus dua boleh hidup kembali tetapi ada juga spesies yang amat sensitif kepada sentuhan. Gamat boleh dianggap berfungsi sebagai penyedut hampa gas, memakan bahan mati yang mendap di dasar lautan, mencernakan bahan tersebut dan membuangkan pasir yang hampir bersih. Pembiakan gamat dengan cara melepaskan telur dan sperma ke dalam air dan persenyawaan akan berlaku di laut terbuka. Hasilnya, anak-anak gamat wujud sebagai plankton, sebelum mula mendap ke dasar dan meragut alga-alga mikro di dasar laut. Melalui buku ini, pembaca akan memperoleh maklumat tentang kepelbagaian spesies gamat yang terdapat di Malaysia, habitat, kegunaan, cara pengekstrakan produk gamat tradisional dan ancaman terhadap spesies ini. Di samping itu, maklumat serta penjelasan juga akan diberikan kepada istilah gamat. Hasil maklumat yang terkandung di dalam buku ini sedikit sebanyak dapat menghindarkan pengguna daripada tertipu dengan jualan timun laut yang tidak bermutu yang menggunakan nama gamat asli "

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder