|
Fiqh dan Ijtihad Imam Al-Bukhari
SKU: 9789834615536
PENULIS / PENYELENGGARA: Ishak Suliman, Mohd Murshidi Mohd Noor ISBN: 9789834615536 HALAMAN: 126 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Antara persoalan yang sering dikemukakan berkaitan Imam al-Bukhari ialah, "Adakah Imam al-Bukhari sebagai seorang tokoh ilmu hadith turut mempunyai ketokohan dalam aspek fiqh?" "Benarkah fiqh al-Bukhari merupakan Fiqh al-Shafi'i?" Apakah usul ijtihad Imam al-Bukhari?" "Apakah contoh ijtihad Imam al-Bukhari?" Semua persoalan ini sebenarnya telah dikemukakan oleh ramai pengkaji Muslim dan juga bukan Muslim sejak zaman berzaman. Oleh itu, buku Fiqh dan Ijtihad Imam al-Bukhari ini dapat menajawb semua persoalan ini. Buku ini mempunyai keunikannya yang tersendiri, khususnya dari aspek analisis fakta berkaitan fiqh al-Bukhari, usul ijtihad dan contoh ijtihad Imam Bukhari yang bersumberkan kitab hadith beliau, iaitu Sahih al-Bukhari.