LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Fikrah Kesatuan Ummah
Fikrah Kesatuan Ummah
SKU: 9789834901359
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Sidek Baba

ISBN:  9789834901359

HALAMAN:  172

TAHUN CETAKAN:  2015

PENERBIT:  DBP 

Senarai Harga | RM 26.00
Harga Jualan | RM 20.80
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku Fikrah Kesatuan Ummah merupakan himpunan artikel yang pernah diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian yang membicarakan hal kesatuan umat. Penulisan buku ini menganalisis tentang senario politik semasa yang mengetengahkan isu perpaduan ukhuwah Islamiah, iaitu untuk mengelakkan perpecahan antara orang Islam. Isu ini merupakan isu semasa yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia. Peranan ulama, umara dan profesional dilihat penting dalam peranan menyantuni suasana supaya maslahat yang direncanakan tidak meminggirkan peranan umat. Kebijaksanaan, ketabahan, kesabaran, kesederhanaan dan istiqamah amat dituntut supaya yang dikejar dapat dan yang dikendong tidak berciciran. Sehubungan dengan itu, beberapa saranan tentang kriteria kepimpinan dan kepentingan integriti pemimpin berjiwa Islam turut dimuatkan di dalam buku ini. Setiap tajuk dikupas dan diperkembangkan dengan ringkas untuk memudahkan pembacaan. Penulisan ini berlegar sekitar prospek Islam dan kemelut yang terjadi supaya wujud pemikiran baharu bahawa ukhuwah dan wahdah ialah sesuatu yang amat penting bagi meleraikan kemelut yang terjadi.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder