![]() |
Ensiklopedia Sains dan Teknologi Jilid 8: Pertanian dan Perhutanan
SKU: 503796705101
PENULIS: Panel UTM ISBN: 9836273344 HALAMAN: 537 TAHUN CETAKAN: 2005 PENERBIT: DBP & UTM |
SINOPSIS:
Jilid Pertanian dan Perhutanan ini mengandungi kira-kira 278 kata masukan yang komprehensif, tepat, mudah dibaca, jelas, dan terkini yang mencakupi enam bidang utama, iaitu Pertanian, Perhutanan, Veterinar, Perikanan, Kejuruteraan Pertanian, dan Teknologi Makanan. Bagi menjadikan ia sumber rujukan yang mempunyai autoritatif dan berwibawa, kata masukan bagi rujukan silang turut disisipkan antara artikel kata masukan. Jilid ini juga berjaya mengembleng dan mengetengahkan lebih kurang 128 orang pakar tempatan yang terlibat secara langsung sebagai penulis dari univeristi tempatan, pusat penyelidikan, dan badan kerajaan dari seluruh negara. Jilid ini juga mempelopori kata masukan yang bercirikan Malaysiana, terutama yang berkaitan dengan tokoh, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain. Di samping itu, jilid ini turut dilengkapi dan diseri dengan peragaan ilustrasi yang sebahagian besar merupakan gambar foto berwarna. Supaya jiild ini menjadi lebih menarik, setiap penampilan ilustrasi ditekankan bagi memenuhi keperluan kepenggunaan, di samping menerapkan ciri tarikan dan estetika. Sebahagian besar kata masukan yang termuat dalam jilid ini turut menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga bahan bacaan lanjutan bagi memudahkan para pembaca menambah pengetahun tentang kata masukan yang berkaitan.
![]() |
![]() |