![]() |
Ensiklopedia Sains Dan Teknologi Jilid 7: Kejuruteraan Elektrik
SKU: 503796695101
PENULIS: Panel UTM ISBN: 9836273336 HALAMAN: 576 TAHUN CETAKAN: 2003 PENERBIT: DBP & UTM |
SINOPSIS:
Jilid Kejuruteraan Elektrik ini mengandungi kira-kira 275 kata masukan yang komprehensif, tepat, mudah dibaca, jelas, dan terkini yang mencakupi tujuh subbidang utama, iaitu CAD Sistem maklumat, Elektronik Instrumentasi, Kawalan, Mesin Elektronik Kuasa, Radio dan Akustik, Sistem Kuasa dan Telematik Optik. Bagi menjadikan ia sumber rujukan yang mempunyai autoratatif dan berwibawa, kata masukan bag rujukan silang turut disisipkan antara artikel kata masukan. Jilid ini berjaya menggembleng dan mengetengahkan lebih kurang 116 pakar tempatan yang terlibat secara langsung sebagai penulis dari universiti tempatan, politeknik, maktab, sekolah, pusat penyelidikan, badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan persatuan profesional dari seluruh negara. Jilid ini juga mempelopori kata masukan yang bercirikan Malaysiana, terutama yang berkaitan dengan tokoh, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain. Di samping itu, jilid ini turut dilengkapi dan diseri dengan peragaan ilustrasi yang sebahagian besar merupakan gambar foto berwarna. Supaya jilid ini menjadi lebih menarik, setiap penampilan ilustrasi ditekankan bagi memenuhi keperluan kepenggunaan, di samping menerapkan ciri tarikan dan estetika.
![]() |
![]() |