|
Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan
SKU: 9789836281784
PENULIS: Surtahman Kastin Hasan, Sanep Ahmad ISBN: 9789836281784 HALAMAN: 390 TAHUN CETAKAN: 2010 |
SINOPSIS:
Buku ini membincangkan Ekonomi Islam secara prinsip walaupun ada sesetengah bahagian perbincangannya bercorak analisis. Tajuk yang diliputi adalah menyeluruh bermula daripada konsep Islam itu sendiri sehingga kepada proses mengaplikasikan konsep Islam secara global. Buku ini merupakan penambahbaikan kepada buku edisi pertama yang telah diulang cetak beberapa kali kerana adanya sambutan begitu menggalakkan. Bilangan bab telah ditambah dan diubahsuai menjadi 20 bab dan dikelompokkan kepada enam bahagian. Perbincangan Bahagian Pertama menyentuh tentang Islam dan Ekonomi Islam; Bahagian Kedua berkait dengan Kelakuan Ejen Ekonomi dan Pasaran; Bahagian Ketiga menyentuh tentang Agihan Pendapatan dan Kebajikan; Bahagian Keempat pula menyorot topik-topik berkenaan Wang, Ekonomi Kewangan dan Ekonomi Fizikal; Bahagian Kelima mengetengahkan perkara-perkara berhubung dengan Ekonomi Perancangan dan Pembangunan; dan akhirnya Bahagian Keenam membincaangkan Ekonomi Antarabangsa. Buku ini menggunakan pendekatan yang mudah dan boleh difahami walaupun oleh pembaca umum. Namun demikian ia lebih bermanfaat untuk pembaca daripada golongan pelajar peringkat kolej dan universiti, pensyarah, penyellidik dan ilmuan yang meminati bidang Ekonomi Islam. Sesetengah isu dan idea yang dikemukakan diharap akan dapat membuka ruang dan minda untuk menjadikan ilmu Ekonomi Islam terus dipelajari dan diselidiki.