LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Drama Melayu Dari Skrip ke Pentas Edisi Kedua
Drama Melayu Dari Skrip ke Pentas Edisi Kedua
SKU: 9789834617769
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Rahmah Bujang

ISBN:  9789834617769

HALAMAN:  216

TAHUN CETAKAN:  2015

Senarai Harga | RM 32.00
Harga Jualan | RM 25.60
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Konsep drama sebagai suatu kejadian yang merangsang pengalaman emosi atau pemikiran memang sudah bertapak dan diyakini melalui persembahan ritual, sekular dan popular. Ilmu drama dan lakon itu sendiri sudah mencapai laluan yang kompleks dan tinggi tuntutan mutu seninya, hingga konsep drama itu tidak boleh lagi dianggap sepi oleh sebarang bangsa yang mahu maju. Drama sebagai satu bentuk sastera, perlu wujud dalam suasana yang menyegarkan supaya daripada hasil sasteranya, drama itu boleh pula dikerjakan sebagai pementasan sama ada melalui pelbagai media seperti teater, video, filem atau televisyen. Buku ini mengetengahkan aspek pengerjaan drama melalui media teater dengan menitikberatkan aspek pemilihan skrip, seni lakon, pengarahan, kostum, latar pencahayaan, dan audio serta visual pentas. Diharapkan buku ini dapat membantu pengusaha drama Malaysia untuk menghasilkan drama yang bermutu.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder