LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Andropaus: Kenyataan dan Harapan
Andropaus: Kenyataan dan Harapan
SKU: 9789834611651
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Nik Hazlina Nik Hussain, Shaiful Bahari Ismail

ISBN:  9789834611651

HALAMAN:  134

TAHUN CETAKAN:  2013

Senarai Harga | RM 22.00
Harga Jualan | RM 17.60
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Wanita yang berumur 40-an sering dikaitkan dengan isu menopaus, iaitu penamat era kesuburan. Jangan terperanjat lelaki juga boleh mengalaminya dan lebih sadis lagi ia berlaku lebih awal berbanding dengan wanita. Menopaus berlaku akibat kekurangan aras hormon estrogen, begitu juga andropaus terjadi kerana kemerosotan hormon seks lelaki, iaitu testosteron. Aras hormon testosteron lelaki berada pada tahap kemuncak ketika dalam lingkungan usia 30-an dan mengalami kemerosokan kira-kira 10 peratus bagi setiap dekad. Kemorosotan itu semakin ketara apabila seorang lelaki mencecah usaia 40 tahun. Kesan penurunan ini akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup lelaki keran testosteron merupakan 'hormon utama' dan fungsinya mempunyai kesan ke atas seluruh badan. Mungkin kaum lelaki tidak mempercayai bahawa mereka sebenarnya mengalamai fasa kemerosotan dan kedinginan seksual dan fakta ini bukanlah suatu khayalan tetapi kenyataan kehiduapn yang nyata dan harus diterima dengan rela hati. Buku ini ditulis khas untuk semua golongan lelaki Malaysia, tidak mengira usia, status, agama atau bangsa, dengan harapan akar mereka dapat memahami semua aspek tentang kesihatan yang menjurus pada kemerosotan hormon ini. Secara tidak langsung mereka dapat melengkapkan diri dan mengambil langkah yang proaktif demi meningkatkan taraf kesihatan dan menangani masalah andropaus dengan lebih berhemah. Semoga buku ini mampu menyinari kehidupan semua lelaki yang bergelar suami agar kualiti hubungan kelamin mampu dijalin dengan lebih harmoni, aman dan bahagia.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder