LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Amfibia Sabah
Amfibia Sabah
SKU: 9789834607159
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Paul Yambun Imbun

ISBN:  9789834607159

HALAMAN:  194

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 35.00
Harga Jualan | RM 28.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku Amfibia Sabah merupakan satu-satunya buku yang memberikan gambaran secara komprehensif tentang keunikan amfibia yang terdapat di Sabah dan memuatkan hampir kesemua spesies amfibia di negeri di bawah bayu ini. Fauna amfibia, yang sinonim dengan haiwan katak, kurang diberikan tumpuan berbanding dengan hidupan megafauna yang lain, seperti gajah dan badak. Masyarakat umumnya lebih mengenali haiwan mamalia berbanding dengan katak dan tidak banyak penyelidik tempatan yang pakar dalam bidang herpetofauna. Sumber-sumber bacaan mengenainya lebih menjurus kepada penyelidikan sainstifik dan sukar difahami individu yang bukan pakar dalam bidang tersebut. Oleh itu, buku ini ditulis dengan cara yang mudah difahami supaya dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat, terutamanya para pelajar. Teks yang dikomplemenkan dengan gambar-gambar spesies amfibia membolehkan pembaca mengenali haiwan tersebut dengan lebih mudah lagi. Buku ini boleh dijadikan rujukan oleh golongan amatur atau profesional yang terlibat dalam bidang akademik dan penyelidikan. Diharapkan buku ini akan membawa kesedaran awam mengenai kepentingan dan keunikan amfibia di sekeliling kita.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder