|
Al-Syariah Jilid 5: Fiqh Munakahat
SKU: 9789834613419
PENULIS: Siti Zalikhah Md. Nor et al. ISBN: 9789834613419 HALAMAN: 202 TAHUN CETAKAN: 2013 |
SINOPSIS:
Al-Syariah Jilid 5 - Fiqh Munakahat merupakan keluaran seterusnya bagi siri Al-Syariah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluaran kali ini mengemukakan kepada para pembaca mengenai beberapa perkara dalam fiqh munakahat. Bermula dengn hukum-hukum mengenai perkahwinan yang dipersembahkan di bawah tajuk "Pengenalan: Perkahwinan menurut Perspektif Islam", "Pertunangan menurut Perspektif Islam", diikuti seterusnya dengan "Pembentukan Perkahwinan dalam Islam" dan "Mas Kahwin". Apabila terdapat persoalan mengenai talak tiga maka masalah hukum mengenainya terjawab dengan tajuk "Talak Tiga: Suatu Sorotan dari Aspek Hukum". Apabila terdapat kecacatan pada salah satu pihak, apakah pilihan yang ada? Persoalan tersebut dapat difahami melalui tajuk "Pilihan Memfasakhkan Akad Perkahwinan kerana Kecacatan". Akhir sekali, tajuk "Nafkah Anak" akan membicarakan perihal kewajipan memberi nafkah dan penentuan kadarnya, dan "Hak Penjagaan Anak (Hadanah)".