LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu
100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu
SKU: 9789834608088
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Zaharah Sulaiman, Tengku Alina Tengku Ismail

ISBN:  9789834608088

HALAMAN:  178

TAHUN CETAKAN:  2012

Senarai Harga | RM 20.00
Harga Jualan | RM 16.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Susu ibu merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya, membekalkan kebaikan yang tiada tandingan kepada bayi dan juga ibu. Justeru, semua ibu digalakkan untuk menyusui bayi mereka dengan susu ibu sepenuhnya daripada lahir sehingga berusia enam bulan, dan meneruskan penyusuan sehingga dua tahun atau lebih, di samping makanan tambahan yang diperkenaklan semasa bayi berusia enam bulan. Namun, masih ramai ibu yang tidak mampu mengamalkan penyusuan seperti yang disarankan. Kurangknya pengetahun serta kefahaman yang salah mengenai pelbagai aspek berkaitan penyusuan susu ibu merupakan antar faktor utama yang menyebabkan ibu tidak mampu memberikan yang terbaik untuk bayi mereka. Buku ini membekalkan maklumat secara terperinci mengenai susu ibu dan kebaikannya, langkah-langkah untuk membolehkan ibu mengamalkannya, panduan penyusuan untuk ibu yang bekerja serta isu-isu khas merangkumi penyusuan anak angkat, penyusuan semasa berpuasa dan kepercayaan tertentu berkaitan penyusuan. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan oleh sesiapa sahaja, sama ada yang terlibat dalam bidang kesihatan ataupun tidak, teutamanya kepada semua ibu bapa serta bakal ibu dan bakal bapa. Maklumat yang dibekalkan akan mampu membuka minda pembaca, seterusnya membantu semua ibu agar mampu memberikan yang terbaik kepada bayi mereka melalui penyusuan susu ibu.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder